Followers

Thursday, February 24, 2011

GERAI KPIJ KAMPUS UNISZA'11



11,12 & 13 FEBRUARI 2011

Sempena Karnival Mahasiswa Islam 2011 (KAMI'11) anjuran Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam UniSZA 10-19 FEBRUARI 2011, KPIJ UniSZA telah membuka gerai makanan. Terdapat pelbagai menu yang disediakan seperti TAUHU SUMBAT JOHORR, TEMPE GORENG, ROJAK BUAH, AIR KOKTEL & MASAKAN PANAS.

Pembukaan gerai ini merupakan aktiviti kedua yang telah dijalankan oleh KPIJ KAMPUS UniSZA.. Ini merupakan pengalaman pertama MT & EXCO KPIJ UniSZA dalam membuka gerai. Matlamat pembukaan gerai ini adalah untuk merapatkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah organisasi dan juga melatih adik2 dari aspek pengurusan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun mengalami ujian  namun dapat diatasi dengan kerjasama dari semua pihak.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa mengunjungi gerai kami dan tidak lupa kepada anak angkat KPIJ UniSZA yang sentiasa membantu...

~KPIJ DI HATI :) ~

No comments: