Followers

Monday, August 31, 2009

RAMADHAN KAREEM :)



Tanpa kita sedar sudah 10 hari umat Islam berpuasa, Alhamdulillah penuh kesyukuran kita panjatkan kepada Allah kerana kita masih diberi peluang lagi pada hari ini untuk menjalankan ibadah puasa. Dalam bulan yang mulia ini saya rasa terpanggil untuk menULIS keadaan yang berlaku di bulan ramadhan.

Dewasa ini kita dapat melihat kebanyakan manusia apabila tibanya waktu petang, mereka akan bergegas ke bazar ramadhan, kenapa bukan mereka bergegas ke masjid atau surau-surau untuk tadarus al-Quran? seperti mana yang kita ketahui, bulan ramadhan ini bulan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan. marilah kita renung-renungkan wahai sahabat sekalian...

Dapat dilihat, rata-rata mereka ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Biasalah seharian tidak makan dan minum, bila petang perut pun mulalah memainkan peranan, kadangkala belum sampai petang dah ada merancang apa yang ingin dimakan, disamping ada juga yang mengeluh kelaparan...

Pelbagai hidangan beraneka pilihan,di bazar ramadhan, tak payah masak hanya hulur duit makanan berada di tangan, tanpa disedari nafsu telah memainkan peranan, supaYA melayan perut yang berdendang lagu nazam lebaran......

azan berkumandang semua keriangan, al-maklumlah perut dah tak tahan, nak makan makanan yang dah menjadi pilihan sewaktu di bazar ramadhan, kerana lapar semua ditelan, sampai tak boleh nak bangun kerana kekenyangan, hai dah tak sedar ke waktu magrib dah nak kehabisan.....

KEPADA PEMBACA MARILAH SAMA-SAMA KITA LIHAT DIRI KITA, ADAKAH KITABERADA DI DALAM GOLONGAN INI?JIKA IA, MARILAH SAMA-SAMA KITA PERBAIKINYA, SEMOGA PAHALA IBADAH KITA DI BULAN RAMADHAN TIDAK BERKURANGAN HANYA KERANA KITA BERADA DI DALAM GOLONGAN YANG DINYATAKAN DI ATAS..

Friday, August 28, 2009

SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA PEMBACA, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI..SEMOGA KITA SEMUA BERADA DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH DAN SENANTIASA MENDAPAT KEREDHAANNYA...AMIN...

Thursday, August 13, 2009

cuti....seronoknyer...balik kampung :)

Lama tak update blog, rindu plak , sebelum ni dapat bukak je x dapat nak update coz banyak kuliah n aktiviti,..
Alhamdulillah...pagi tadi jam 7lebih dah sampai rumah..semalam bertolak dari UDM kul 6.30 coz tiket kul 8.30 malam...hehehe gerak awal takut ketinggalan bas...dah la tiket dah habis...asalnya ana, ju, & ain plan tak nak balik cuti mid sem ni coz banyak keje nak buat, sampaikan ktorang x beli tiket pun...masa ana gi konvensyen kat KL sahabat ni bagi msj soh pikir mula nak balik ke dok...bila pikir2 seminggu lama gak, kalau balik seronok jugak dapat sambut pose kat rumah..hehehe..dah lah tahun lepas tak dapat sambut pose kat kg...akhirnya keesokkan hari selepas balik dari KL malam tu jugak kami kua cari tiket sebab kami dengar kawan2 kata tiket 14 dah banyak habis..sampai kat kaunter tiket kami tanya lah kat akak yang jaga kaunter " kak, tiket 14 malam ada lagi x? " akak tu jawab sory lah dik dah habis... " 13 kak? " " pun habis" kecewanye masa tu tak terkata...tp nak balik punye pasal ty lagi " kak 12 malam ? akak tu sengih " ada, nak berapa? " alhamdulillah akhirnya kami beli jugak tiket 12 malam walaupun sebenarnya 13 tu ada kelas...kami pikir kalau 15 pun takde tiket x mau kami balik 16...huhuhu...alhamdulillah lepas runding dengan madam, kelas BI untuk 13 tu diawalkan, kira kami ponteng sekelas je la " komunikasi dakwah " alhamdulillah kami jd pembentang terawal, jadi dapatlah ponteng kelas...hehehe...bila pikir2 mula wah nak balik punye pasal sanggup kami ponteng kelas...hehehe..harap kepada pembaca jangan ikut tau tabiat ana ni...

Friday, July 31, 2009

KERANA AKTIF BERPERSATUAN....


Kerana aktif?? pasti pembaca tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk ini...
Ada sesetengah orang berpendapat kerana aktif berpersatuan pelajaran kita merosot, kerana aktif berpersatuan kita tak dapat fokus pada pelajaran, kerana aktif berpersatuan kita kadang kala di gelar orang busy sekolah @ universiti, adakah anda setuju dengan pendapat ini? saya percaya setiap orang ada pendapat yang tersendiri, tapi bagi saya orang yang berfikiran sebegini adalah orang yang cetek pemikirannya. Mengapa saya berkata sedemikian? Apabila kita melihat dari sudut positif dengan berpersatuanlah kita dapat mempelajari bagaimana cara untuk kita berkomunikasi dengan orang lain, mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkarisma,memberi kita peluang untuk mempelajari bagaimana kita hendak berhadapan dengan pelbagai situasi yang akan kita lalui pada masa hadapan, mengeratkan hubungan sesama manusia, menambah pengetahuan dengan bertukar-tukar pendapat sesama ahli, dan yang paling penting dengan berpersatuan kita dapat berdakwah. Apabila kita berpersatuan kita perlulah pandai membahagi dan menguruskan masa kita agar pelajaran kita tidak merosot, kerana bila kita fikirkan kerana aktif berpersatuan pelajaran kita terjejas itu sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri, sekiranya kita pandai memguruskannya INSYAALLAH kita berjaya . Saya teringat kata-kata seorang pensyarah semasa saya mengikuti program KONVENSYEN MAHASISWA ISLAM 09 di HOTEL PUTRA KUALA LUMPUR,mewakili UDM yang mana beliau menyatakan sebenarnya transkrip kita hanyalah tiket untuk kita layak ditemuduga dan sijil-sijil kita yang kita aktif berpersatuan, cara kita berkomunikasi, kemahiran yang kita ada inilah yang melayakkan kita untuk mendapat kerja. Realitinya, mahasiswa aktif berpersatuan motif pertamanya berdasarkan kepada niat mereka, tetapi motif utama mereka aktif berpersatuan adalah untuk memperolehi pekerjaan yang baik pada masa hadapan, tidakkah pembaca berfikiran seperti saya? saya akui setiap manusia ada pendapat yang tersendiri tetapi apapun marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain bahawa kita hidup di dunia ini kita mempunyai tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar @ mahasiswa, sebagai seorang pemimpin yang mana kita mempunyai tanggungjawab yang apabila kita faham maksudnya pasti kita takut kerana tanggungjawab boleh kita bawa maksud tanggung di dunia dan jawab diakhirat.

senyum sokmo :)

Wednesday, July 29, 2009

KONVENSYEN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM 09





Pada 24 - 26 julai, semua wakil kepimpinan MAHASISWA dari setiap IPTA telah terlibat dengan konvensyen mahasiswa islam anjuran DAMAI di HOTEL PUTRA KUALA LUMPUR selama 3 hari.
Aku juga turut serta dalam program tersebut.Aku ke sana bersama 10 0rang sahabat yang terdiri daripada saf kepimpinan MPP iaitu saudara Zaim, Kak Jun, Akma dan juga Rabiatul, manakala saf kepimpinan PMKI iaitu saudara Khairul Azwad selaku YDP, akh. Ridwan ( TYDP ), Saudara Nik ( s/u ), Masyitah ( EXCO PENERBITAN & PUBLISITI )dan aku yang baru beberapa hari sebelum konvensyen berlangsung menjadi p/a @ ajk EXCO PENERBITAN & PUBLISITI.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk ke sana bersama saf kepimpinan mewakili UDM. Bagiku bukan mudah untuk diberi kepercayaan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat semasa di sana. Di sana aku dapat menambah ilmu pengetahuanku tentang KEPIMPINAN. Aku berharap ilmu yang ku dapat di sana dapat ku praktikkan di UDM..


FORUM YANG TAK KERING GUSI KAMI DI BUATNYA


peserta konvensyen di majlis penutup di UITM SHAH ALAM



kami dibahagikan kumpulan untuk membincangkan tentang resolusi yang akan diberikan kepada PERDANA MENTERI keesokan hari



SETIA MENUNGGU WALAUPUN GERIMIS MENGUNDANG, INILAH SEMANGAT BARISAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM



PERDANA MENTERI TURUT HADIR