Followers
Monday, August 31, 2009
RAMADHAN KAREEM :)
Tanpa kita sedar sudah 10 hari umat Islam berpuasa, Alhamdulillah penuh kesyukuran kita panjatkan kepada Allah kerana kita masih diberi peluang lagi pada hari ini untuk menjalankan ibadah puasa. Dalam bulan yang mulia ini saya rasa terpanggil untuk menULIS keadaan yang berlaku di bulan ramadhan.
Dewasa ini kita dapat melihat kebanyakan manusia apabila tibanya waktu petang, mereka akan bergegas ke bazar ramadhan, kenapa bukan mereka bergegas ke masjid atau surau-surau untuk tadarus al-Quran? seperti mana yang kita ketahui, bulan ramadhan ini bulan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan. marilah kita renung-renungkan wahai sahabat sekalian...
Dapat dilihat, rata-rata mereka ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Biasalah seharian tidak makan dan minum, bila petang perut pun mulalah memainkan peranan, kadangkala belum sampai petang dah ada merancang apa yang ingin dimakan, disamping ada juga yang mengeluh kelaparan...
Pelbagai hidangan beraneka pilihan,di bazar ramadhan, tak payah masak hanya hulur duit makanan berada di tangan, tanpa disedari nafsu telah memainkan peranan, supaYA melayan perut yang berdendang lagu nazam lebaran......
azan berkumandang semua keriangan, al-maklumlah perut dah tak tahan, nak makan makanan yang dah menjadi pilihan sewaktu di bazar ramadhan, kerana lapar semua ditelan, sampai tak boleh nak bangun kerana kekenyangan, hai dah tak sedar ke waktu magrib dah nak kehabisan.....
KEPADA PEMBACA MARILAH SAMA-SAMA KITA LIHAT DIRI KITA, ADAKAH KITABERADA DI DALAM GOLONGAN INI?JIKA IA, MARILAH SAMA-SAMA KITA PERBAIKINYA, SEMOGA PAHALA IBADAH KITA DI BULAN RAMADHAN TIDAK BERKURANGAN HANYA KERANA KITA BERADA DI DALAM GOLONGAN YANG DINYATAKAN DI ATAS..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment