Followers

Tuesday, January 25, 2011

terima kasih semua...anda HEBAT!!!

lama tak update blog...maklumlah nama pun pelajar kan...sibuk dgn tugasan, tesis, program dan macam2la....khamis-sabtu yg lepas terlibat dgn progrm T.O.F (KAFI'11) anjuran PKPIM dan KEPITAR....banyak jugak ilmu yang aku dapat termasuklah ilmu duduk kat dapur :)..terima kasih kak izzah ajar kami....(aku. syikin n k.ainon)...x lupe juga pd k.ruqayyah yg bg ceramah kpd pembantu2 tukang masak tatkala makanan semua dah siap... kira dah xde keje la ni..hehe...bukak klinik kesihatan kat dapur :)..seronok bekerjasama dgn mereka walaupun baru pertama kali berjumpa... x lupe juga pd sahabat muslimin nazir, azwad n hadi yg membantu saat diperlukan...kepada semua peserta T.O.F yg muslimat ingt pesan ustazah masa tazkirah nisa', anda adalah yg terpilih dan anda HEBAT!!! Teruskan perjuangan.... pengalaman yg ustazah ceritakan 2 jdkan pembakar semangat kita dalam mengharungi liku2 kehidupan...kpd peserta muslimin kalian juga HEBAT..kerana dalam ramai2 bilangan pelajar di unisza kalian telah memilih jalan ini...dan kalian telah dipilih oleh ALLAH..jd jgn sia2kn apa yg kalian dapat..teruskan perjuangan..praktiklah apa yang telah kalian dapat...x semua orang mendapat sepertimana yg kalian dapat...

Tuesday, January 18, 2011

PMGANU'11

salam...jemputan kpd pelajar lepasan SPM,STPM & STAM menyertai PERKAMPUNGAN MENARA GADING TERENGGANU (PMGANU'11) pd 3-5 feb 2011 brtmpt di IPG Dato Ghazali, Batu Rakit, byrn:RM50, Anjuran PKPIM&KEPITAR..sbrg prtyaan sila hubgi ana:0133085332 @ atiq : 0179406093..kpd shbt2 yg mempunyai adik dan saudara mara blhlah tlg sebrkan ye..TQ :)

sepanjang jalan dakwah kita memerlukan bekalan.....

            Setiap musafir di jalanan mesti mempunyai bekalan yang diperlukan sepanjang perjalanannya. Bekalan yang dimilikinya akan menyediakan keperluan-keperluan untuk dia meneruskan perjalanan dan menjayakan matlamat yang dituju dalam musafirnya itu. Ia merupakan langkah berjaga-aga tehadap rintangan yang akan menghalang perjalanannya. Rintangan yang menjadi sebab perjalanannya terhenti dan dia tidak mampu meneruskannya lagi. Kadang-kadang rintangan tersebut akan menjauhkannya daripada matlamat yang dituju atau setidak-tidaknya akan mengekang perjalanannya.

            Jalan dakwah adalah segalanya dalam hidup seseorang pendakwah di jalan Allah. Ia merupakan jalan utama yang perlu diberi perhatian. Lantaran itu pendakwah memerlukan bekalan yang dapat menjaganya daripada terseleweng dari jalan tersebut, memberhentikannya atau mengekang langkah kakinya. Fenomena-fenomena ini akan membawa kerugian yang nyata, bahkan ia akan kehilangan kebaikan yang besar dan kejayaan yang agung.

             Bekalan yang pertama adalah bekalan iman yang kuat dan taqwa kepada Allah. Itulah bekalan terbaik, kemudian diikuti dengan bantuan-bantuan lain seperti bertemankan orang soleh, penunjuk-penunjuk yang memberikan panduan dan pengalaman dan lain-lain.  Semua ini bertindak sebagai penjana tenaga dan keazaman serta menjauhkannya daripada penyelewengan dan kesilapan.

             Bukti kepada kemestian dan kepentingan seseorang untuk mempunyai bekalan sama seperti sebuah kereta yang berjalan jauh. Kemudian kereta tersebut kekeringan minyak dipertengahan jalan kerana tidak diisi minyak. Maka kereta tersebut menjadi seperti potongan besi yang tidak dapat membantu pemandunya walaupun untuk bergerak setapak. Begitu juga mereka yang menyelusuri jalan dakwah. Jika bekalan Iman dan taqwanya kepada Allah mengalami kekurangan dan kekeringan tanpa diperbaharui dan ditambah, jadilah tuannya seolah-olah mayat hidup atau pesakit yang tidak mampu bergerak.

            Bekalan iman dan taqwa dapat mengelakkan seseorang muslim daripada terbabas di selekoh-selekoh merbahaya dan memperjelaskan lagi petunjuk-petunjuk di jalan dakwah. Ia juga dapat membuahkan sikap benar, ikhlas, kuat keazaman dan tabah. Bukan setakat itu, ia bagaikan keajaiban yang menjayakan berbagai-bagai projek di sepanjang jalan dakwah.

             Sesungguhnya keperluan utama kita di sepanjang jalan dakwah ialah perasaan kebersamaan dengan Allah S.W.T dalam setiap langkah yang diatur dan dalam setiap gerak dan diam. Bahkan pada setiap ketika. Maka sesiapa yang merasakan Allah sentiasa bersamanya, dia tidak akan kehilangan apa-apa. Manakala barangsiapa yang berlepas diri daripada Allah, maka dia tidak menemui apa-apa, kecuali kerugian dan kesesatan. Kebersamaan ini sesungguhnya kurniaan Allah kepada orang-orang mukmin.

~ MUSTAFA MASYHUR : BEKALAN DALAM JALAN DAKWAH~

Monday, January 17, 2011

aku yang masih mencari...

aku...
masih mencari apakah status aku...
benarkah aku seorang mahasiswi???
apa yang aku faham tentang mahasiswi???
bila orang bertanya adakah aku mampu menjawab sebagai seorang mahasiswi???

aku masih mencari apakah status aku....
adakah layak aku digelar mahasiswi???
sedangkan aku masih mencari ilmu, masih bertatih mencari pengalaman dan pengetahuan...
layakkah aku???

aku masih teringat persoalan2 yang dikemukakan oleh sahabat-sahabat kepadaku...
adakalanya selepas menjawab aku memikirkan kembali adakah benar jawapanku???
adakah itu jawapan seorang mahasiswi???

tanpa ku sedar....
masa berlalu pergi...
matahari terbit dan terbenam setiap hari...
hari berganti hari...
bulan berganti bulan....
tahun 2010 melabuhkan tirai...
tahun 2011 datang tanpa disedari...
tidak lama lagi...
aku bakal menjadi graduan...
sekali lagi persoalan demi persoalan...

aku masih mencari jawapan...
benarkah aku seorang mahasiswi???
benarkah aku bakal memegang status sebagai graduan???
layakkah aku???

YA ALLAH...berilah aku jawapan...semoga segala yang aku pelajari selama 22 tahun mendapat keredhaan dan keberkatan dariMU..AMIN YA RABB....



Tuesday, January 11, 2011

KPIJ....

Alhamdulillah, buat pertama kali anak-anak JOHOR dikumpulkan pada 10/1/2011. Selama ini aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengadakannya kerana diriku yang keseorangan. Walaupun aku mempunyai sahabat2 lama KPIJ di sini, tapi mereka juga sama sepertiku, masih tiada keberanian untuk mengadakannya. Cuti semester lepas aku nekad, aku akan cuba untuk jalankan misi ini. Selama aku ditaklifkan sebagai exco perhubungan kampus, aku masih tidak nampak apa yang telah aku buat untuk membantu KPIJ. Hanya mengadakan MALAM BERSAMA PKPIM, KEPITAR DAN KPIJ sahaja. Tetapi selepas itu nyata aku sndiri tidak melakukan apa-apa.


Cuti semester lepas KPIJ mengadakan PMG di UTHM, aku telah mengajak beberapa orang sahabat dari UniSZA. Aku lihat kesungguhan mereka semasa PMG. YDP KPIJ juga mengatakan dia lihat KPIJ di UniSZA dah kuat. Tapi bagiku masih tidak kuat sebenarnya, kerana kami tidak pernah mengadakan apa2 program bersama. Kata-kata dari YDP membuatkan aku semakin kuat dengan keputusanku. Aku akan cuba yang terbaik.

Aku berbincang dengan seorang sahabat mengenai keputusanku, dia menyokongku. Akhirnya kami membuat mesyuarat kali pertama. Kami berbincang berkenaan KPIJ. Aku mencadangkan supaya diwujudkan organisasi di sini, supaya kita nampak hasilnya. Untuk pertama kali kami bercadang mengadakan MALAM SERASI BERSAMA untuk memperkenalkan KPIJ itu sendiri.

Aku juga telah memilih beberapa orang untuk berada dalam organisasi ini..antaranya ialah :

Ex-Officio : aku lah :) (tapi  kat dalam ni orang kata aku kapten..haha padahal aku mantan je)
Pengerusi : Nazir (degree Dakwah)
Timb. Pengerusi : Syakirah (degree Dakwah)
Setiausaha : Anwar (dip tesl)
Timb.Setiausaha : Zaleha (degree dakwah )
Bendahari : Reza
N. Bendahari : Fizah (degree dakwah)
Hewi : Julaiha (degree dakwah)
E.Perhubungan :
  1. Amirul Rauf (degree sains sosial)
  2. Fardianah (degree dakwah)
  3. Syarina (degree dakwah)

E. Kaderisasi :
  1. Rasyid
  2. Aisah ( degree dakwah)
  3. Atikah (degree dakwah)
E. Dakwah
  1. Fazlinah
E. Publisiti & Tgs2 Khas
  1. Azizul (dip pentadbiran Islam)
  2. Faraheen (degree dakwah)
  3. Alif (degree syariah)
  4. Syakila (degree sains sosial)
E.Ekonomi
  1. Azizi Aziz (degree pengurusan)
Tahniah kepada yang telah terpilih.

Aktiviti Malam serasi bersama 

  • Tayangan
  • Taaruf semua ahli
  • Pengenalan KPIJ
  • Cabutan bertuah
  • Pengenalan AJK
  • Sesi Soal Jawab
  • Cabutan bertuah
  • Jamuan
TAHNIAH  KEPADA SEMUA AJK PENAJA :)

Saturday, January 8, 2011

Mencari redha ILAHI...

lama menyepi...
tetapi kenapa tiba-tiba muncul kembali???
saat aku telah berjaya melupakanmu..
kau muncul kembali dalam hidupku....

sekali lagi aku tewas...
aku telah bersedia mencari pengganti...
aku redha dengan keputusanku...
untuk melupakanmu bukan mudah...
tapi aku cuba juga...
alhamdulillah aku berjaya...

tetapi...
semalam aku ternampak kelibatmu...
peristiwa lama bermain di benakku...
aku ingin melupakannya....
tetapi...
pasti peristiwa itu bermain2 dan wajahmu memandangku dengan senyuman....

DEMI MENCARI REDHA ILAHI...
kau harus ku lupakan...
aku harus tumpu kepada misi ku untuk kali ini...
tetapi sekiranya kau didatangkan untuk membantu misi ini...
aku buka pintu seluasnya...
masuklah tanda persahabatan dan menjalankan misi ini...
semoga amal ini tidak dicampuri dengan sesuatu yang tak diingini....

SAMA-SAMA MENCARI REDHA ILAHI...BANTULAH KAMI YA RABB...SEMOGA USAHA KAMI MENDAPAT KEJAYAAN DAN KEBERKATANMU...AMIN YA RABB...

semangat kembali...

Semangat aku  kembali untuk berceloteh di lamanku ini...hanya ingin berceloteh tentang apa yang terlintas difikiran...

semangat kembali?? kenapa ye??
hanya sekadar mengada-ngada nk publish tajuk ni..haha...
tapi kan bila aku tengok telatah budak-budak zaman sekarang asal tahun baru, semangat baru, azam baru, baju baru n macam2lah..termasuklah aku..haha...

tapi harap-harap semangat aku untuk menjalankan misi ini berkekalan sehingga mendapat keberkatan dan sekaligus mencapai kejayaan, matlamat dan tujuan yang aku rancangkan selama tak sampai sebulan aku di kampung semasa cuti semester baru-baru ini.

aku ingin tebus apa yang tidak sempat ku lakukan sebelum ini, dan aku harapkan ianya berjaya denan bantuan rakan-rakan seperjuangan..kerana setelah aku membuat kajian dan bermuhasabah aku takkan berjaya sekiranya menjalankan misi ini berseorangan, dan aku yakin sekiranya sesuatu misi itu dilakukan secara berjemaah hasilnya lebih nampak, dan ini yang sedang aku lakukan...

pasti pembaca tertanya-tanya misi apa kan..aku masih belum berkesempatan untuk menerangkan apakah misinya, kerana aku masih bertatih dan mencari jalan untuk menampakkan keberhasilan misi ini...semangat aku yang dulu kembali sejak menemui dua seorang sahabat yang secara tidak sedar telah membantu menaikkan semangatku..seorang sahabat yang telah lama bersamaku dalam misi ini tetapi menyepi buat seketika, kini kembali meneruskan misi dan seorang sahabat lagi yang lama juga telah ku kenali tetapi belum sampai sebulan beliau bersamaku dalam misi ini...

akan tetapi aku masih mencari kepastian mengapa aku bersemangat kembali..adakah kerana 2 org sahabatku ini atau untuk mencari redha Ilahi???
aku harapkan jawapan yang kedua yang ku pegang dan ku amati...

sedang aku dilanda semangat ini, aku juga diburu dengan rasa takut, takut ape?? aku takut amalku ini diterima atau tidak oleh Allah..aku selalu berdoa semoga amalku ini mendapat keberkatan dan diterima olehNYA...aku perlukan kekuatan, kesabaran, keazaman yang kuat dan kreativiti dalam mencapai keberhasilan misi ini...

semoga MISI ini BERJAYA..AMIN YA RABB...