Followers

Monday, March 2, 2009

WARKAH BUAT SEORANG ANAK

Kepada pembaca marilah kita renungkan warkah dari seorang ibu untuk anaknya

Assalamualaikum, anakanda yang dikasihi, segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya ibu dapat menulis surat ini untuk tatapan anakanda..Apa khabar ? semoga anakanda sihat walafiat.Anakanda masih ada test lagi? Ibu harap anakanda terus berusaha belajar. Di universiti tidak sama dengan belajar di sekolah. Di universiti selalu ada test untuk menggalakkan pelajar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Begitulah untuk menjadi pelajar cemerlang.

Kita berusaha untuk cemerlang bukan atas dasar kepentingan diri saja, tapi untuk seluruh ummat Islam.ibu harap anakanda jelas dengan matlamat ini.keredhaan Allah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Biarlah setiap detik yang kita lalui ada keredhaanNya. Ibu tahu memang susah belajar di sana, …….tapi itulah jihad bagi kita . jagalah hati , fikiran dan tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya, seeloknya solatlah berjamaah,jangan tinggal zikir Al-Ma’thurat setiap pagi dan mentadabbur Al-Quran.Ingatlah ibadah yang sahih yang merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan yang sentiasa berzikir dan mengingatiNya, akan diberi rahmat dan keberkatanNya.jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan padaNya untuk memberikan kepada kita natijahnya.

Ingat tak seorang alim yang selalu sujud pada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mmeninggal dunia , Allah berkata kepada malaikat, masukkan dia ke syurga dengan rahmatKu lalu orang alim itu meminta dimasukkakn kedalam syurga berdasarkan amalannya, lalu malaikat mengira amalanya, tidak cukup untuk masuk ke syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah yang Allah eri pada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup u tuk membayar nilai sepasang mata untuk melihat.jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya dia dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya. Begitulah hakikat diri kita, terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada 2 sifat ini yang mengiring perjalanan hidupnya iaitu sifat raji’ dan sifat takwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada pada hatinya,barulah menjadi manusia yang sentiasa mengharap reda Allah dan takut amalan-amalannya tidak diterima. Sebenarnya Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa berpuas hati dengan prestasi kita walaupun kita telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka sehingga mereka muncul sebagai generasi unggul dengan keberkatan dan rahmatNya .

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat, dan beristigfar kepadaNya. Itulah orang mukmin yang cerdik sebenarnya. Cukup disini dulu untuk anakanda… lain kali ibu akan utus surat lagi salam sayang dari ayah dan adik-adik. Ibu harap Allah nengurniakan kekuatan kesihatan kepada anakanda untuk berjuang. Ibu akan sentiasa mendoakan anakanda diberi rahmat oleh Allah SWT.

WASSALAM, ibu

No comments: