Followers
Wednesday, January 14, 2009
SOLAT DALAM PENERBANGAN
Seseorang yang berada dalam penerbangan yang melibatkan waktu solat mungkain sukar untuk mendirikannya kerana susah untuk berwuduk @ tidak ada ruang untuk solat..
Ada 2 cara untuk mengatasi masalah ini secara darurat :
1) Kalau sebelum menaiki pesawat, sudah masuk waktu yang boleh di jama'kan, maka
lakukanlah solat jama' taqdim.
2) Jika waktu yang terlibat jemaah sedang berada dalam pesawat, maka lakukanlah solat darurat seperti orang terikat di pokokatau dipanggil solat isyarat. Solat isyarat ini sebagai menghormati waktu,tanpa wuduk, solat ini dilakukan secara duduk di atas kerusi dan mengangkat takbir dengan menghadap kiblat lagi.
Apabila mendarat, maka qada'kan semula solat ini segera. Solat ialah tiang agama, sama sekali tidak boleh diabaikan apatah lagi perjalanan kita amat mengharapkan keredhaan ALLAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment