Followers

Wednesday, October 7, 2009

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

· Taatlah kepadaKu dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

· Jangan sekali-kali sumpah dengan namaKu dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan namaKu.

· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmatKu, menolak kehendakKu, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hambaKu dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripadaKu.

· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajahKu daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

· Jangan menyembelih korban untuk selain dariKu sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untukKu.

· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

10 ORANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T


  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. Orang lelaki yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba'.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata :

"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Monday, October 5, 2009

.:: KENANGAN BERSAMA ::.

Masa program alumni raya ke 7 hari tu, seronok sangat coz dapat jumpa kengkawan lama, yang dah setahun lebih jugak la tak jumpa. Antaranya, dayu,dayah ramdan dan dayah pono. Biasanya dengan dayah pono bermesej je, tapi hari tu dapat jumpa alangkah gembiranya... Masa raya ke tujuh tu, batch aku yang datang program alumni ni adalah dalam lebih kurang 20 orang, tapi yang aku dapat jumpa hanya faris, fikri,acap, jue, azwa, dayah pono, dayah ramdan, n dayu je. Kengkawan lain aku x dapat jumpa, aku hanya dapat tengok dari jauh je sebab dyorang tak masuk dewan. Lagipun masa tu aku agak sibuk jugak menguruskan fail setiausaha dan maklumat yang perlu aku bentangkan dalam mesyuarat agung alumni kali pertama itu.

Sepatutnya s/u aku yang kena bentang maklumat tu, tapi terdapat masalah pada malam sebelum kejadian masa ktorg sibuk kemas kewan, kami tidak dapat mencari siapa yang layak untuk menjadi pengerusi tetap dalam mesyuarat agung esok . YDP mengatakan hanya seorang yang mampu menolong kami dan mempunyai pengalaman dalam mesyuarat agung iaitu setiausaha jawatankuasa penaja, dengan rela hati terpaksalah aku mengambil alih tugas setiausaha dalam membentangkan laporan walaupun aku takde pengalaman. Bagi aku ini lah masa untuk menimba pengalaman, dan ydp, s/u n bendahari sentiasa bantu aku. Aku dah anggap dyorg macam adik beradik. kalau berpesatuan kita anggap kita semua macam adik beradik kerja pun mudahkan... tapi kita kene pandaila jaga batas2....

kat bawah ni gambar kengkawan aku yang datang program, gambar ni pun sebenarnya aku ambik dari blog kawan aku fikri, maklumlah aku mana sempat nak ambik-ambik gambar ni...hehehe





kat bawah ni pulak gambar masa ktorg sibuk kemas dewan sehari sebelum program, yang mana ktorg ahli jawatankuasa penaja bekerjasama dari batch 2004-2008.


ni gambar ali ajwad selaku penyelaras program yang tak senang duduk sebab banyak benda tak settle lagi, ni pun dy tengah tekan ayat nak wat ucapan untuk pengerusi majlis yang manja nak kene buatkan teks plak 2 ( k.maria n ziana )

masa ni aku pulak tengah sibuk semak laporan2 yang perlu dibentangkan keesokan hari


hafiz norok selaku bendahari sibuk dengan kerjanya menyiapkan laporan kewangan yang perlu dibentangkan keesokkan hari, sama la macam aku... mesti tengah pening kepala tu, tengoklah persekitaran dia yang bersepah tu..huhuhu

ni kak maria n k.fany yang sibuk menghias dewan dan di bantu oleh faris yang boleh dikatakan agak kepenatan coz dy yang kene panjat2, cantikkan...ada bakat terpendam gak dyorg ni...

masa ni zianah, asma' n adik khairullah sibuk kemas dewan jamuan makan...
budak lelaki lain ada yang angkat kerusi, dan macam2 lagilah...

masa ni memang agak kepenatan jugak bayangkanlah dari kul 4 ktorg mula sampailah nak dekat kol 12 x siap lagi...nasib baik malam lepas isyak adalah geng2 2004 datang membantu... hilang sikit beban...

pepun seronok dapat bekerjasama dengan korang semua, daripada tak pernah tegur pun boleh bertegur, itulah natijahnya apabila kita bekerjasama kan :)

bila program berakhir aku rasa sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan semua, sebabnya malam tu aku dah kena balik UDM... lagi sedih bila ingat mantan bendahari nak terbang jauh, yelah sepanjang bekerjasama banyak ilmu dan nasihat yang aku dapat dari dia...pepun syukran jazilan ye hafiz... masa hafiz nak terbang hari rabu tu tak dapat nak anta maklumlah ada kuliah masa tu, pepun ada gak kengkawan yang hantar hafiz.

akhir sekali aku nak ucapkan ribuan kemaafan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ni.....

Saturday, October 3, 2009

TAUTAN KASIH DI AIDILFITRI

Salam kepada semua... maaf kerana agak lama juga saya tidak bersama anda...akhir-akhir ini saya agak sibuk sedikit, banyak urusan yang perlu disiapkan dengan segera.

Alhamdulillah, pada 26 september 2009, satu program " TAUTAN KASIH DI AIDILFITRI" anjuran ALUMNI SMABT dan guru2 SMABT telah berjaya dijalankan. Hasil dari kerjasama semua pihak dapatlah kami mengumpulkan bekas-bekas pelajar, walaupun pada hari itu hanya 200 lebih yang dapat hadir, kami amat bersyukur kerana ia merupakan program pertama dan telah mendapat sambutan.

Pada hari itu diadakan juga mesyuarat agung kali pertama bagi melantik majlis tertinggi, exco2 dan pembubaran jawatankuasa penaja alumni, akan tetapi telah dicadangkan agar jawatankuasa penaja alumni dikekalkan.

Walaupun pada awalnya agak sukar bagi kami jawatankuasa penaja alumni untuk menerima keputusan ini, tapi kami akur dan setelah berfikir panjang kami harus melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang telah diberikan kepada kami. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami....

kepada semua bekas-bekas pelajar, anda boleh melayari www.alumnismabt.blogspot.com untuk sebarang maklumat.

" ukhuwwah terbina Islam terpelihara "

Thursday, September 17, 2009

SALAM LEBARAN



Salam lebaran buat semua pembaca, mak tersayang, kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara yang berada di kampung, adik beradik semua dan paling tak lupa juga buat insan yang tersayang ayahanda yang sentiasa dirindui walaupun jauh jarak memisahkan kita, tapi namamu, semangatmu, nasihatmu, jasa dan pengorbanan
terhadap anak-anakmu tetap berada dalam sanubariku hingga ke akhir hayat..AMIN...

Dikesempatan ini, seribu kemaafan dariku buat kalian semua, maaf dipinta sekiranya diri ini ada melakukan kesilapan sama ada secara zahir mahupun tidak, secara sengaja mahupun tidak, gurauan yang tidak disangka telah membuatkan kalian terasa hati, dan ketelanjuran dalam percakapan yang membuatkan kalian menjauhkan diri.

Di akhir ramadhan ini ingin ku ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin, semoga ramadhan dan syawal kali ini membawa sejuta makna yang beerti dan kekal dalam sanubari

Wednesday, September 16, 2009

X sabar rasanya....






X sabar rasanya lagi 2 hari nak balik kampung, oh alangkah bahagianya hidup ni... Balik nanti dengan kengkawan UDM n UMT, naik bas sama-sama...hehehe seronoknya...
jom nyanyi sama-sama....

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

mak tunggu ye kepulangan anakmu yang jauh ini.....:)


Saturday, September 12, 2009

,:: DOA SEORANG KEKASIH ::.


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala