Usrah beerti keluarga. Ia membawa maksud keluarga yang wujud oleh pertalian akidah islamiah, mempunyai kesatuan pemikiran dan sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran Islam untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t.
Justeru, usrah bukanlah semata-mata majlis ilmu bahkan ia merupakan satu proses pendidikan untuk melahirkan insan yang berilmu dan berkeperibadian mulia disamping memiliki daya kepimpinan yang tinggi
RUKUN USRAH
# TAARUF ( BERKENALAN )
Kita hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah dan memahami pengertian hakikat ukhuwwah sejati sesama sendiri dan berusaha untuk tidak mengeruhkan ukhuwwah itu. Berkenalan sesama ahli usrah seperti nama, latar belakang keluarga, tempat tinggal dan sebagainya.
Firman Allah : “sesungguhnya muslim itu bersaudara”.
Hadith Nabi : “orang muslim ialah saudara bagi saudaranya, ia tidak menzaliminya dan tidak pula membiarkannya”.
# TAFAHUM ( BERSEFAHAMAN )
Kita hendaklah sentiasa berpegang dengan kebenaran iaitu dengan mengerjakn apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Melahirkan persefahaman antara ahli usrah yang akhirnya akan menghasilkan keseragaman dalam sikap, tindakan dan amalandalam melaksanakan ajaran Islam. Apabila persefahaman telah terbentuk, maka syak wasangka, iri hati dan hasad dengki akan terhindar sebaliknya akan wujud rasa kasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Oleh itu mestilah ada muhasabah dan nasihat menasihati sesama ahli.
Sabda Rasulullah : “agama itu nasihat”.
# TAKAFUL ( BANTU MEMBANTU )
Hendaklah mengamalkan dasar takaful ini dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong dan memikul bebanan sesama sendiri. Cara ini memberi kesan pada diri setiap ahli usrah bahawa mereka dihargai dan diperlukan Takaful ini merupakan tunjang utama iman dan intisari ukhuwwah sejati.
Sabda Rasulullah : “kalau seseorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik daripada dia ber’iktikaf sebulan di masjidku ini”.
ANTARA PENGISIAN USRAH
# Membentangkan kesulitan : setiap orang hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk mengatasi kesulitan saudaranya dan ini hendaklah dilakukan didalam suasana ukhuwwah sejati dan dengan niat semata-mata kerana Allah.
# Bermuzakarah : bertukar-tukar fikiran mengenai urusan Islam.
# Kajian buku : membuat kajian tentang sesebuah kitab yang bermutu untuk dikaji dan dibincangkan.
RENCANA TAMBAHAN
# Solat berjema’ah di masjid sekurang-kurangnya sekali seminggu.
# Berpuasa sunat dan berbuka puasa bersama
# Beriadah bersama
# mengadakan perkelahan yang bercorak kebudayaan untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment