Followers

Sunday, March 21, 2010

REFLEKSI....

Pada 12 Mac 2010 kami dari Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) semester 4 (Dakwah B) Universiti Darul Iman Malaysia telah berjaya melaksanakan satu program iaitu “ Sehari Bersama Orang Kurang Upaya Warga Taman Rahmat ” yang telah diamanahkan oleh Ustazah Nor Salimah bte Abu Mansor selaku Pensyarah Jabatan Dakwah kepada kami. Pada awalnya kami bercadang untuk mengadakan diskusi ilmiah yang mana sasaran kami ialah mahasiswa/i UDM sahaja, akan tetapi atas nasihat Ketua Jabatan, kami bertukar cadangan untuk mengadakan program di luar UDM. Kami telah bersepapakat untuk mengadakan program berbentuk khidmat masyarakat dan sasaran kami adalah Taman Rahmat. Kami memilih tempat ini lanjutan daripada permintaan wakil Taman Rahmat ketika Majlis Penyerahan Pita Rakaman Buku UDM-PERTIS yang telah diadakan pada 17 November yang mana mereka meminta pihak UDM mengadakan program kesedaran keibu bapaan dan anak-anak tentang betapa pentingnya ilmu, dan mengadakan program membuka minda dan membimbing ibu bapa yang kurang uapaya tentang agama supaya mereka dapat membimbing anak-anak dengan cemerlang.

Rentetan daripada itu, setelah berbincang kami rasa terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan. Antara objektif program ini ialah untuk melahirkan remaja muslim yang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi, membentuk renaja muslim yang mendorong orang lain melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran dan melihat suasana sebenar masyarakat Taman Rahmat. Pelbagai dugaan dan cabaran yang kami tempuhi tidak kira sebelum dan semasa program dijalankan. Antara cabaran dan dugaan yang dihadapi ialah masalah peminjaman peralatan. Oleh kerana pantara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan Taman Rahmat, pelbagai peralatan yang diperlukan. Unit peralatan terpaksa mencari beberapa mesin rumput, plastik sampah, pencakar sampah penyapu dan lain-lain. Walaupun saya bukan unit peralatan tapi saya dapat merasakan kesukaran yang dialami oleh mereka, mereka perlu meminjam mesin rumput dari sebuah Syarikat. Saya difahamkan proses awal peminjaman mudah, tetapi setelah pertemuan kali kedua terdapat sedikit masalah iaitu pihak syarikat tidak berapa yakin untuk meminjamkan peralatan kerana unit peralatan semua terdiri dari muslimat. Pada masa itu mereka semua segera meminta pertolongan dari seorang pelajar lelaki yang juga merupakan salah seorang ajk pelaksana program. Tatkala ini masalah yang dihadapi oleh kami ialah kami semua terdiri dari pelajar perempuan dan seorang sahaja dari pelajar lelaki. Selain itu, program ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh kami dan ianya merupakan pengalaman pertama bagi kami. Kami tidak menjadikan ianya alasan untuk kami melaksanakan program kerana bagi kami inilah masanya untuk kami menimba pengalaman.

Pagi itu kami bertolak lebih kurang jam 7 pagi, tidak seperti yang dirancang kerana masalah pengangkutan lewat. Dalam perjalanan, sedikit kerisauan jelas terpancar diwajah sahabat-sahabat tatkala hujan turun. Saya dapat merasakan kebimbangan di hati mereka. Saya juga turut bimbang bagaimana ingin jalankan gotong-royong sekiranya hujan masih tidak juga berhenti. Kami sampai di Taman Rahmat jam 8.30 pagi, sepanjang perjalan masuk ke perkarangan Taman Rahmat, saya sempat melihat ke luar jendela rumah-rumah penduduk yang telah diceritakan oleh beberapa orang sahabat yang sebelum ini telah datang ke Taman Rahmat. Sayu hati melihat keadaan rumah mereka. Sesampainya kami di Pustaka, kami disambut oleh Ketua Kampung dan anaknya. Kami mengeluarkan semua barang-barang yang dibawa dan memasukkan ke dalam pustaka. Unit makanan telah menjalankan tugas dengan memberikan sarapan kepada yang hadir sebelum memulakan aktiviti gotong-royong, saya dan 2 orang sahabat bersedia memasang banner. Tatkala itu hujan renyai-renyai, kami bersepakat untuk memulakan gotong-royong di dalam dewan, pustaka dan surau dahulu, kira-kira hujan berhenti barulah kami turun ke laman untuk membersihkan kaedaan di luar pula. Saya dan beberapa orang sahabat ditugaskan untuk mengemas dewan. Sungguh gembira hati kami tatkala kami diberikan tugas membersihkan dewan kerana bagi kami ianya tugas yang paling mudah, akan tetapi setelah melihat keadaan dewan barulah kami rasa betapa penatnya, kerana kami perlu membersihkan luar dan dalam dewan. Keadaan di dalam dewan agak kotor kerana dewan telah lama tidak digunakan. Jelas kelihatan ketika kami melihat bilik air yang agak kotor, kipas yang penuh dengan sarang burung, tikar yang dipenuhi tahi cicak dan macam-macam lagi. Di luar dewan pula kelihatan rumput yang panjang di depan dan belakang dewan, longkang yang agak kotor,dan tingkap yang penuh dengan habuk. Atas kerjasama semua pihak, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dapat dibersihkan sepenuhnya kecuali rumput di belakang dewan tidak sempat untuk dibersihkan kerana cuaca sangat panas.

Jam 12 tengahari kami berhenti untuk makan tengahari, makanan yang disediakan amat menyelerakan. Akan tetapi saya dan seorang sahabat tidak dapat makan bersama sahabat-sahabat yang lain kerana kami perlu menjaga peralatan seperti LCD, MICROPHONE dan layar skrin yang telah dipasang di dewan. Selepas makan pelajar lelaki bersiap sedia ke masjid untuk solat jumaat, manakala yang perempuan bersiap sedia ke surau kerana Fiqh Mar’ah akan disampaikan pada jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah pada tengahari itu, beberapa kaum ibu iaitu penduduk Taman Rahmat telah turun untuk bersama-sama mendengar sedikit santapan rohani yang disampaikan oleh pelajar perempuan dikalangan kami. Petang itu kami diuji lagi. Kami menunggu anak-anak penduduk di situ tetapi tidak seorang pun yang datang. Kami mengambil jalan untuk menjemput mereka dari rumah ke rumah. Tatkala itu barulah kami dapat merasakan betapa sukarnya untuk mengajak seseorang kea rah kebaikan. ada diantara mereka mengatakan “ tak apalah tak berminatlah” . Kami terharu tatkala seorang ibu yang dalam keadaan tidak sihat sanggup ke dewan untuk menyertai aktiviti kami. Kami terpaksa menukar plan asal. LDK tidak dapat dijalankan dan majlis penutup terpaksa diawalkan, tetapi sebelum itu sedikit ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Nor Salimah bte Abu Mansor yang bertajuk “ Faedah Keimanan dalam Kehidupan. Pertama kalinya saya menjadi pengerusi majlis dan sedikit kebimbangan di hati kerana saya tidak kenal beberapa orang yang akan berucap kerana tidak sempat untuk bertanya kerana saya menjangkakan majlis perasmian penutup akan diadakan selepas asar.

Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang menganjurkan program ini. Walaupun kami ditimpa dengan pelbagai dugaan dan cabaran kami berjaya juga akhirnya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan yang telah memberikan kata-kata semangat sebelum kami bertolak ke sana. Kepada sahabat-sahabat yang disayangi jangan putus asa dan teruskan perjuangan, walaupun terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi sepanjang program ianya merupakan pengalaman kepada kita. Mudah-mudahan dengan adanya pengalaman seperti ini, apabila kita berhadapan dengan masyarakat kita mampu untuk menganjurkan program seperti ini lagi. Kepada Ustazah Nor Salimah bte Abu Mansor terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menjayakan program ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Amin.

refleksi yang perlu dihantar ke u.nor salimah untuk markah penilaian

Friday, March 19, 2010

Akikah dan Bercukur rambut....

Dari segi bahasa AKIKAH bermaksud MEMUTUS

Dari segi Syara' ialah MENYEMBELIH KAMBING @ TERNAKAN LAIN SEPERTI UNTA, BIRI2, DAN KIBAS, BUAT ANAK YG BARU LAHIR KHUSUSNYA PADA HARI KE 7 KELAHIRANNYA ATAU SELEWAT2NYA SEBELUM ANAK ITU BALIGH......

Syarat-syarat AKIKAH :


1. umur binatang sembelihan :
  • Unta berumur 5 tahun lebih
  • lembu/kerbau berumur 2 tahun lebih
  • kambing berumur 2 atau telah bersalin gigi.
  • kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi
2. binatang sembelihan sihat dan tidak cacat

3. daging akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan akikah itu sebagai "fida" (mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah SWT)

4. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan

5. tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak-anak mereka

6. Sebaik2nya berakikah dengan kambing, tetapi dibolehkan juga berakikah dengan unta, lembu dan kerbau.

Wednesday, March 17, 2010

BENGKEL SUKARELAWAN MUDA 2010


Salam.... Insyaallah, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) akan mengadakan BENGKEL SUKARELAWAN MUDA 2010 pada ketetapan berikut:

TARIKH : 16-18 April 2010
TEMPAT : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor
SASARAN : Pelajar menengah atas (ting 4,5 & 6, lepasan SPM, STPM & STAM
YURAN : RM20(termasuk penginapan, makanan &
pengisian)

Antara objektif program ini ialah untuk mengumpulkan seberapa ramai anak Johor bagi menerapkan semangat kesukarelawanan dalam diri mereka. Program ini juga merupakan medium bagi melahirkan generasi muda yang proaktif, responsif dan berjiwa ummah dalam bersama masyarakat sejagat.

Sila hantarkan penyertaan selewat-lewatnya pada
8 April 2010. Sebarang penyertaan atau pertanyaan, sila hubungi:

ZUL IKRAM BIN ISHAK 013-3646958
NORHAFIZAH AHMAD 017-7917685

www.kpijohor.blogspot.com

GEN 2M

PROGRAM GENERASI MINDA MUDA_PAHANG....




Pengalaman yang x dapatku lupakan..... pertama kalinya aku menjadi ketua failitator bagi muslimat...dengan pengalaman yang tiada aku diberikan amanah untuk mengawal 24 orang fasi dan seorang pembantu ketua fasi........pertama kali aku menjaga lebih 200 orang pelajar...selama ini aku hanya menjaga paling ramai 10 orang....

pada awalnya ku rasakan amat sukar untuk jalankan amanah ini, kerana aku sendiri tiada pengalaman....tetapi setelah berfikir kembali KEPERCAYAAN telah diletakkan kepadaku, mungkin bagi diriku tidak mampu, tapi bagi orang lain yang melihat, aku mampu.....aku teringat kembali ayat AL-QURAN

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha...


terima kasih kepada yang memberi kepercayaan kepada DIRI ini.....





tatkala ini aku teringat aku ditaklifkan sebagai PIC bagi Muslimat UDM semasa program WEHDAH'09....

ini merupakan pengalaman yang pertama sekali untuk aku mengetuai Muslimat....aku tidak menyangka aku diberikan amanah ini, kerana bagiku ada lagi yang lebih layak dariku ketika itu, tapi setelah ku bertanya, baruku tahu mengapa aku ditaklifkan untuk memegang jawatan itu....

alhamdulillah dengan pengalaman yang ada sekarang aku akan cuba melakukan yang terbaik untuk semua...

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KALIAN KEPADAKU...
TERIMA KASIH SAHABAT.....
MAAF SEKIRANYA DIRI INI ADA MELAKUKAN KESILAPAN SEPANJANG PROGRAM....
HAMBA INI INSAN YANG LEMAH.......

Tuesday, March 16, 2010

projek Kelas Dakwah....

SEHARI BERSAMA OKU TAMAN RAHMAT.....

Alhamdulillah pada 12 MAC 2010 kami mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah Semester 4 Dakwah B telah menganjurkan program SEHARI BERSAMA OKU TAMAN RAHMAT dengan kerjasama WARGA PERTIS dan Penduduk Kampung Taman Rahmat....yang mana program ini merupakan satu kerja kursus yang telah diamanahkan oleh Pensyarah ana....




Antara aktiviti yang dijalankan pada sebelah pagi ialah gotong royong

membersihkan dewan yang telah lama tidak digunakan, surau, pustaka, membersihkan lalang di taman permainan dan kawasan sekeliling. Pada tengahari diadakan fiqh Mar'ah bagi kaum muslimat dan kaum ibu di Taman Rahmat. Pada petangnya pula diadakan ceramah yang bertajuk Faedah Iman dalam Kehidupan yang disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Dakwah UDM, ustazah Nor Salimah serta sedikit sesi ta'aruf bersama anak-anak warga Taman Rahmat.



Untuk makluman semua kami terpaksa bersedia dari segi fizikal dan mental tatkala memasuki Taman Rahmat, seperti mana yang telah diberitahu oleh Ustazah kita x dapat jangka adakah semua anak-anak @ penduduk Taman Rahmat akan turut erta dengan program ini... Ini kerana untuk pengetahuan semua ibu-ibu dan bapa-bapa yang berada di sana adalah terdiri dari golongan yang cacat penglihatan..dan anak-anak pula bermasalah...



Kami rasa terpanggil untuk melihat suasana sebenar di sana dan inilah sebab kami memilih untuk mengadakan program di sana...selain itu kami ingin cuba mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam kelas...banyak pengalaman ang kami dapat di sana....

oleh kerana kami semua muslimat, kami meminta kerjasama dari muslimin kelas A untuk membantu kami...alhamdulillah mereka bersetuju untuk sama-sama dalam program kami....

akhir kata TAHNIAH diucapkan kepada semua, walaupun ini pengalaman pertama kita telah berjaya melaksanakannya....:)


Monday, March 15, 2010

MUKTAMAR SANAWI.....


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. setelah tertangguh seketika.. dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi. Akhirnya MUKTAMAR SANAWI PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM (PMKI) KALI KE-3 berjaya dilaksanakan.

Secara rasminya, MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM (PMKI)UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM) SESI 09/10 adalah seperti berikut:

YANG DIPERTUA : AHMAD FAHIMI BIN MOHAMAD

TIMB. YANG DIPERTUA : MOHD NORAZUDDIN BIN MOHD NOR

NAIB YANG DIPERTUA : NURZALEHA BTE MUHAMMAD NAZIR

SETIAUSAHA I: IZHAR SYAFAWI BIN AHMAD

SETIAUSAHA II : NORHIDAYAH BINTI OMARRUDDIN

BENDAHARI KEHORMAT : SYARIFAH FATMA BINTI MAARUDIN


EXCO KEBAJIKAN
AHMAD KHALILULLAH BIN HAMDAN
RAUDHAH BINTI BAHRIN

EXCO PUBLISITI DAN PENERANGAN
MOHD AMIR IZZAT BIN MOHAMAD AZUDIN
NURUL AQIDAH BINTI SULAIMAN

EXCO MODAL INSAN
MOHAMMAD NAJIB BIN AB RAZAK
NURUL ADILAH BT M.FATHILIAH

EXCO AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
MUHAMMAD AMIRRUL BIN KAMARUDIN
ROSMIYATI BTE HAJI BILLAK

EXCO SUKAN DAN KESENIAN
SAIFUL ASYRAF BIN SAIFUDIN

EXCO HELWANIS
MADHIAH BTE ABD RAZAK

EXCO EKONOMI
SHARIFAH NOR AINNUL KHAIRIYAH BT SYED ABD RAHMAN
NORAZURA BINTI YATIM

EXCO PERHUBUNGAN DAN SERANTAU
MUHD AZIZUL AZHAR BIN MAT AMIN
NOR ZAMZAMIAH BT HUSSAINI