Followers

Friday, October 30, 2009

Ya Allah jika aku jatuh cinta


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu...

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu janganlah kenikmaatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu
Amin...

marilah kita sama-sama berdoa agar kita cemerlang di dunia dan di akhirat...





Tuesday, October 27, 2009

Amalan Yang Perlu Dilakukan

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan MENGUMPAT & MENGEJI (ramai org buat tanpa sedar)
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah NAbi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

.:: Permata yang dicari::.


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi…
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopananya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rancana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariatmu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuanmu
Ya Allah engkaulah tempatku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatmu…

Monday, October 26, 2009

Jauh perjalanan telahku jelajahi...bersama 5 sahabat yang sentiasa disisi...


Bersama saf kepimpinan KPIJ di UIA

kat maktabah UIA

bergambar kenangan bersama k.liza sebelum berangkat ke UIA

3 dara pingitan yang tidak serik bergambar walaupun panas terik demi keindahan di USIM


kat USIM



Saat manis berjumpa sahabat lama ( ex-Bugisiah 06 )

Muka penat, kat Kolej Za'ba ( UKM ) tunggu driver makan

sahabat yang sanggup melayan kami,
zati, tq kerana melayan ktorg walaupun esok dah final



keindahan UKM

Kolej Dato' Onn UKM


Kolej Tun Perak (UPM)


lama tak jumpa rindu terubat

kereta kancil yang merun 2 kenderaan kami melancong ke 4 IPTA

depan kolej kakak jue

hari mahabbah di UIA


Satu semangat yang tinggi, ukhuwwah yang kuat,
walaupun lagi beberapa hari final mereka masih dapat mengadakan aktiviti seperti ini, ukhuwwah sebegini yang aku inginkan

di sini aku dan sahabat dapat melihat budaya mahasiswa-mahasiswi UIA, yang penuh dengan semangat tak kira bersukan, bepersatuan, bersahabat dan sebagainya.

sebelum program bermula, sempat lagi bergambar buat kenangan

di bustop law UIA sementara menunggu pemandu pelancong yang akan membawa kami jaulah KL

Sahabatku, terima kasih atas layanan sepanjang kami di UIA


Semangat nak gi tengok akak n abang2 bersukan

makan tengahari kat cafe UIA setelah bersama barisan KPIJ yang muslimat

22-25/11/09 satu program telah diadakan anjuran KPIJ, memandangkan waktu tu free aku telah buat keputusan untuk ke sana bersama 2 orang sahabat ( jue dan zida ). Pertama naik bas dengan dyorg gi KL, ktorg bertolak dari ganu kul 10.30 malam dan sampai bustend putra dalam kul 4 lebih. Sampai sana YDP ambik bawa gi sarapan dulu sebelum gi umah k.akma. Pagi tu ktorg dijemput jaulah UIA.... kami dibawa oleh ayaanda YDP KPIJ jaulah di UIA, kami dapat melihat mahallah2 muslimin dan muslimat. Selepas itu kami dibawa masuk ke dalam maktabah UIA yang penuh dengan buku2 dan kecanggihan terserlah di dalamnya.

Selepas itu kami dibawa oleh seorang sahabat ke tempat program, walaupun jauh perjalanan di malam hari, semangat yang tinggi tidak menghalagi kami 3 sahabat dari UDM ingin mengikuti program yang dijalankan. Walaupun agak keletihan kami dapat mengikuti program sehingga selesai.

Setelah selesai program kami dibawa oleh sahabat menaiki tangga batu caves UIA, penat tidak terkata, keletihan jelas dimuka, tetapi demi keinginan mendapatkan katil untuk merehatkan badan, tangga yang tinggi sanggup kami daki..hehehe..

Malam tu kami rancang untuk jaulah UIA terbantut, kerana selepas isyak semua dah nampak keletihan, hasrat di hati dibatalkan, kerana tilam yang empuk lagi diminati ketika itu.

Keesokkan pagi kami bangun dengan penuh semangat, kerana ingin berjalan2, walaupun air yang sejuk pada pagi tu tetap kami layankan, yaumul mahabbah telah diadakan oleh penganjur dan dihadiri oleh barisan kepimpinan KPIJ dan ahli. Seronok melihat mereka bersuka ria.

Jam 9.30 seperti yang dirancang, kami memulakan perjalanan ke UPM untuk melawat sahabat dan melihat permandangan di sana. Tanpa disangka sahabat yang memandu ingin pergi ke UKM, dapatlah kami melihat dan berjumpa sahabat2 di UKM. Di UKM walaupun keadaan kesihatan tidak begitu baik, seorang sahabat sanggup untuk melantak ABC demi mencapai kepuasan di hati..hehehe...

Ku rasakan UKM destinasi terakhir, rupa-rupanya tidak, pemandu pelncong sanggup membawa kami ke USIM. Dapatlah kami melihat dan melawat sahabt di USIM..

Sepanjang perjalanan, aku dapat mengerti erti sahabat...
Terima kasih kepada semua sahabat yang sanggup bawa kami berjalan, melayan kerenah kami, korban masa, tenaga dan harta demi memenuhi keinginan kami, jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Salam mahabbah buat kalian, terima kasih atas segalanya.

Friday, October 23, 2009

wish for exam


Kepada semua Ex-MJ kat UDM kampus Kusza...

Selamat menjalani peperiksaan untuk semester kali ini, do the best!! bitaufiq wannajah!! terutama buat jue, awer, zida, ain, nana, farah, tiah, nisak, dayah rahman, syida, emon dan semua ex-mj 2007 yang kat UDM. Sama-sama kita usaha ye...doakan semua berjaya...


Kepada semua budak kelas ijazah dakwah B semester 3

selamat berjuang!!! jom dapatkan yang terbaik untuk sem ni...boleh naik pentas sama-sama ambik anugerah dekan....


Kepada semua kawan-kawan yang kat UKM ( zati, tem, zalikha, fikri, atiq n lain2 ), USIM ( dayah pono, dayu, k.ida, faris, aizzat, hasif n lain2 ), UIA ( dayah ramdan, rahmah, Hadi, Khai, k.balqis, k.dil, abey n lain2 ), UUM ( din, nab, ina n lain2 ) dan semua mahasiswa-mahasiswi di IPTA/IPTS

good luck!! try the best!!

Wednesday, October 21, 2009

RM 20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah : Hmmm....nak tanya apa?

Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah

mula menengking.

Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah

sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak : Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit colour merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit...”

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...Dengan rasa hiba..ayahnya terus memeluk Amin dengan seerat-eratnya...

The moral of this story...

Kongsilah cerita ni dengan sesiapa je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi.

Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk.

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita & yang sentiasa berada di hati kita.

Bayangkan, bila dah kerja nanti, kalau kita mati, pihak syarikat akan senang2 cari orang lain gantikan kita. Tapi, keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.

Fikirlah, selama ni apa yang kita dah buat untuk keluarga kita? Untuk insan yang kita sayang?

10 Kunci Persahabatan

1. Berkawanlah dengan orang yang mempunyai persahabatan dengan anda, supaya wujudnya persamaan anda dan dia, akan tetapi anda harus ingat jangan sesekali mengetepikan orang yang langsung tiada persamaan dengan anda, bersikap terbukalah.

2. Berbuat baik kepada semua orang sepertimana anda inginkan orang berbuat baik kepada anda, dan sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda.

3. Sentiasalah beringat bahawa tiada seorang manusia pun yang sempurna di dunia ini, tidak ada seorang pun yang akan lari dari membuat kesilapan, jadi sekiranya ada orang yang telah membuat kesilapan, janganlah meminggirkannyatetapi dekatilah dan nasihatilah dirinya.

4. Hargailah pendapat antara satu sama lain.

5. Sentiasalah berkomunikasi dengan kawan anda.

6. Binalah minat-minat yang lain dalam diri anda, kerana tidak semestinya orang yang rapat dengan anda akan sentiasa bersama anda 24 jam.

7. Jangan mengumpat kawan sekiranya anda tidak mahu dijadikan bahan untuk dingumpat.

8. Jaga hati kawan anda, jangan sampai anda terlepas cakap sesuatu perkara yang boleh menyebabkannya terguris.

9. Belajar antara satu sama lain.

10. Kawal perasaan, jangan biarkan kerana anda mempunyai masalah kawan anda menjadi mangsa.

Tuesday, October 20, 2009

Azab Kaum Nasrani

Abdullah berkata, Saya mendengar Abu Burdah menceritakan kepada Umar bin Abdul Aziz dari ayahnya Abu Musa al-Asy'ari, dia berkata, Rasulullah saw. Bersabda, "Jika hari kiamat tiba, maka para nabi dan umatnya diseru. Maka diserulah Isa. Allah telah menuturkan nikmat yang telah dianugerahkan kepadanya dan Isa pun mengakuinya. Allah berfirman, "Hai Isa putra Maryam, ingatlah akan nikmat-Ku yang diberikan kepadamu dan kepada ibumu.' Kemudian Allah berfirman, `Adakah kamu mengatakan kepada manusia, `Jadikanlah aku dan ibuku dua tuhan selain Allah." Isa menolak bahwa dirinya mengatakan demikian. Lalu ditampilkan kaum Nasrani dan ditanya. Maka mereka menjawab, `Benar, Isa menyuruh kami berbuat demikan.' Nabi bersabda, `Maka rambut Isa menjadi panjang. Lalu setiap malaikat memegang sehelai rambut kepala dan bulu tubuh Isa. Kemudian Isa menjadikan kaum Nasrani duduk memeluk lutut dihadapan Allah selama seribu tahun sebelum ditegakkan hujjah yang mengalahkan mereka, diangkat ke tiang salib dan digiring ke neraka,'

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putra Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?" Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang gaib-gaib".Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan) nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan (angkat) aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Maa-idah:116-118)

SELAMAT BERJUANG !

SAHABATKU….
DI SUATU TEMPAT YANG PENUH BARAKAH…
MAAHAD JOHOR TERSERGAM INDAH
SALAM DIHULUR TANDA UKHUWWAH
KASIH TERJALIN ANTARA KITA…

INGATKAH KAU LAGI
MEMORI KITA BERSAMA
KAU SELALU HADIR DISISIKU
BERKONGSI MASALAH
TAK KIRA SUKA MAHUPUN DUKA
DISITULAH KU KETAHUI
KAU ADALAH SAHABAT YANG KU CARI SELAMA INI

KINI KITA TELAH DITAKDIRKAN BERPISAH
MEMBAWA HALUAN KE MENARA GADING
UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DAN TANGGUNGJAWAB
SEBAGAI SEORANG PELAJAR, ANAK, DAN HAMBANYA
SEMOGA KAU SENTIASA BERADA DALAM RAHMATNYA…..
SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABATKU…

Wednesday, October 14, 2009

Hari Audit Se Malaysia 2009


Pada hari jumaat 2 oktober yang lalu, UDM Kampus Kusza telah didatangi oleh beberapa orang yang tidak asing lagi di Malaysia antaranya ialah Dr Syarifah Nor Hayati dan juga RTM. Dua rakaman untuk rancangan realiti TV iaitu Forum Perdana yang biasanya bersiaran di TV 1 telah diadakan di UDM dengan kerjasama Jabatan Audit Negara.

Aku amat bersyukur kerana berpeluang untuk sama-sama mengikuti rakaman tersebut, kerana ini buat kali kedua aku mengikuti rakaman untuk rancangan realiti TV forum perdana. Sebelum ini aku telah mengikutinya sewaktu aku mengikuti DAURAH di MARSAH . Banyak ilmu yang aku dapat melalui rancangan ini, selain itu aku juga dapat melihat secara langsung bagaimana seseorang menyampaikan dakwah. Tajuk yang telah dibincangkan ialah RINGGIT KE RINGGIT EHSAN SIAPA, dan juga satu tajuk yang menarik untuk di kupas iaitu HUTANG. Untuk tajuk yang pertama aku tidak berapa faham sangat kerana aku datang lambat pada malam itu, kerana lambat dapat maklumat mengenai adanya rakama di Dewan Al-Mukhtafi Billah Syah itu.

Untuk rakaman yang kedua, amat menarik perhatianku kerana ahli panel pandai menarik perhatian, mana taknye kami yang mendengar percakapannya tidak kering gusi kerana asal dia membuat lawak dia tidak ketawa tetapi berwajah serius, selain itu pengerusi majlis juga sentiasa mengingatkan tajuk yang dibincangkan adalah hutang bukannya perkahwinan. Ahli panel pandai menarik perhatian kami dengan menyelitkan sedikit mengenai perkahwinan. Orang luar yang turut hadir pada malam itu tergelak sama. Antara yang disampaikan oleh ahli panel ialah hutang itu diharuskan tetapi dilarang berhutang jika kita berhutang untuk berjoli@ berjudi. Seorang ahli panel juga ada mengatakan “ tengok jiran sebelah beli langsir baru kita juga sibuk cakap dengan suami nak juga sampaikan berhutang, bila jiran beli sofa baru, kita sibuk suruh suami beli sofa baru, tapi bila jiran bawa isteri baru, kita tak pulak cakap dengan suami bawa isteri baru…

Rakaman itu berakhir hampir jam 12 malam ..

Saturday, October 10, 2009

.::RUTINKU::.

Salam semua....
Hari ni aku sepatutnye ada kelas IQRA' ( KOKO ), tapi sampai sekarang aku tak tahu kelas ada kul bape, sebab biasanya ustaz maklumkan kelas kul bape...huhuhu...takotnye nak gi kelas hari ni, coz hari ni tasmi', walaupun aku dah hafal tapi perasaan takut tetap ada. tak tahulah kenapa...

emmm...hari ni kul 12.30 tghari ada makan free kat UDM ni, sambutan hari raya la katakan, mungkin agak terlewat UDM wat sambutan raya ni, tapi apapun mesti ramai yang pegi nanti, mana taknye dapat makan free sape tak nak kan :)...

teringat plak hari ni ALUMNI SMABT wat program ziarah mahabbah aidilfitri kat sekitar klang, rumah ahli ALUMNI SMABT, YDP dengan S/U ada jugak ajak pegi, tapi masalahnya aku tak dapat pegi coz ada kelas n tiket pun mahal pegi balik dari terengganu ni dah dekat seratus, boleh buat makan sebulan..hehehe... tanya NYDP kak fani pun mungkin x dapat pegi coz dia ada reunion budak batch dia n ada program kat kolej, dia pun ngah pening tak taw ni gi mana satu, mana taknye orang kuat la katakan...hehehe... kepada sape2 yang pegi tu sampaikan salam ye pada semua...

semalam aku ada join program kursus jenazah, banyak jugak yang aku dapat ilmu dari program tu, niat hati nak share dengan semua, tapi tak sempat lagi nak entry kat blog ni, coz masa pun agak mencemburui aku sekarang ni... emm nanti ada masa aku entry la, mungkin dapat berkongsi ilmu dengan kawan-kawan..pepun nantikan entry aku seterusnye ye...

Friday, October 9, 2009

Pengalamanku......

Tetiba aku teringat sewaktu aku menjadi fasilitator, banyak pengalaman yang aku perolehi, dengan mengikuti program-program aku dapat keyakinan diri. Terima kasih kepada mak yang sentiasa bagi sokongan untuk aku bersama masyarakat. Mak sentiasa bagi sokongan setiap kali aku ingin mengikuti program. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberi kepercayaan kepada aku untuk terlibat dalam jawatankuasa pelaksana program. Dengan mengikuti program-program sebegini aku dapat pengalaman bekerjasama dengan orang-orang atasan, bisnesman, consultant traning dan pelbagai lagi...

gambar kat bawah ni pengalaman semasa aku jadi urusetia dan fasilitator....

Program Tunas Bestari di Persada dan Kotaraya Johor

peserta sedang lawan bermain catur bestari

peserta membentangkan hasil kerja



sempat berposing di persada


jadi urusetia di kotaraya johor



barisan fasilitator



anak didik aku membuat persembahan


fasilitator perempuan buat persembahan khas

program perisai di sekolah menengah kota masai johor

program bersama KPIJ


Mak pernah pesan bila kita join program-program bersama masyarakat pada waktu sekarang, nanti dah di alam pekerjaan senang sebab dah ada pengalaman, itulah yang menyebabkan aku suka sangat kalau jadi fasilitator ni....:)

Thursday, October 8, 2009

KESAN NEGATIF PENGAJIAN ISLAM SECARA MAYA

Dewasa ini, Pengajian Ialam secara maya merupakan satu metod dakwah yang sesuai dan relevan digunakan. Bersesuaian dengan era globalisasi ini juga yang tidak lari dari konsep kesyumulan Islam itu sendiri. Dapat didefinisikan di sini, Islam bergerak di mana jua tidak kira masa. Bagi mencapai kepada hasrat ini, umat Islam perlu kepada ilmu teknologi yang tinggi. Bersumberkan ilmu yang dimiliki ini, kita bukan sahaja dapat mempelbagaikan gaya penyebaran dan pemahaman Islam, malah kita juga dapat membanteras anasir-anasir yang dapat menggugat kesucian Islam juga yang paling penting akidah umat Islam itu sendiri. Pengajian secara maya sedikit sebanyak memudahkan proses rujukan Islam umpama slogan “maklumat di hujung jari”. Kita dapat menjimatkan masa, kos, dan tenaga untuk mencari sesuatu maklumat. Namun persoalan yang ingin ditimbulkan di sini, sejauh manakah kesahihan maklumat itu sendiri dan bagaimana ingin membezakan pandangan atau fakta hukum. Selain itu terdapat persoalan juga bagaimana seseorang individu menggunakan alat teknologi itu sendiri. Adakah pengajian secara maya ini lebih mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Inilah yang perlu dikaji dengan lebih mendalam dari segi perlaksanaannya.
Pengajian Islam secara maya memberikan kesan positif dan negatif kepada manusia. Selepas kajian dilakukan pengajian secara maya ini memang banyak kelebihannya sehingga tidak dapat dikira secara keseluruhannya. Namun, tidak semua perkara itu jika kita lihat jelas menunjukkan kepada kebaikan sahaja kerana di mana ada tercatatnya kebaikan pasti keburukan juga menyusuri secara kita sedar mahupun tidak. Dunia sebenar ( real world ) pada hari ini, kita dapat melihat pelbagai kemudahan-kemudahan yang canggih telah disediakan oleh pihak tertentu. Dengan segala kemudahan yang ada dapat menggambarkan bahawa negara kita pada hari ini tidak berada dalam kemunduran. Sudah menjadi lumrah dunia, manusia sejagat ke tempat yang menawarkan kepuasan yang lebih ibarat “ di mana ada gula di situ ada semut ’’.
Pengajian secara maya ini dapat disimpulkan mempunyai kesan yang negatif kepada masyarakat kita pada hari ini. Contoh yang saya ingin ketengahkan di sini adalah penggunaan internet dikalangan remaja dan mahasiswa kita pada hari ini. Pelbagai maklumat tersaji di internet, masyarakat merasakan lebih mudah mendapatkan ilmu agama di sana kerana maklumat berada di hujung jari, tidak perlu bersusah payah merujuk buku-buku, hanya dengan mengakses internet sahaja mereka mudah untuk mendapatkan maklumat. Tetapi bagaimanakah masyarakat kita menggunakan medium komunikasi baru ini? Adakah ia memberikan kesan positif? .
Pengajian secara maya ini telah menyerapkan sifat malas di kalangan manusia, ini kerana pada zaman dahulu sahabat-sahabat bersungguh-sungguh pergi berjumpa dengan guru mereka untuk mendalami ilmu, tetapi pada hari ini kita boleh kira berapa bilangan pelajar atau mahasiswa yang bersungguh-sungguh dan rajin berjumpa guru untuk mendapatkan ilmu, hal sebegini terjadi disebabkan mereka terlalu taksub dengan kemodenan yang ada pada hari ini, yang mana kemodenan ini bagi mereka lebih mudah, walhalnya mereka tidak sedar sekiranya maklumat yang mereka perolehi itu tidaklah seratus peratus benar.
Kita lihat contohnya blogger, pada hari ini kita boleh mendapatkan maklumat melalui blogger tetapi sejauh mana kesahihan isi kandungan blogger tersebut? Di negara kita, kebanyakan agensi yang sedia diketahui tentang aktiviti Islam menyediakan banyak ruang untuk menambah maklumat. Tidak ketinggalan individu perseorangan yang mahir membuat website juga mengambil peluang untuk membangunkannya dengan tujuan tertentu. Ada yang jujur, tetapi ada juga yang mempunyai motif tertentu. Perlu kita sedari bahawa ia bukan sahaja diakses di negara kita tetapi serata dunia. Contohnya antara yang terawal aktif membina homepage bagi sesiapa yang melayarinya tujuh lapan tahun lalu, ialah golongan Qadiani. Kepada individu yang tiada asas agama mereka mungkin tidak melihat apa-apa kekurangan dalam website yang dipelopori oleh Qadiani. Mengikut pengalaman Dr. Zulkiple Abd Ghani, beliau pernah melihat pada peringkat awalnya perbincangan mengenai Islam itu betul, tetapi di hujung-hujungnya terdapat kekurangan seperti pendapat yang mendakwa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Rasul.
Selain itu website yang berpusat di India, yang terhasil daripada orang Islam dan Hindu, sentiasa menonjolkan kesalahan orang Islam. Ia sengaja diwujudkan oleh musuh Islam. Kita dapat lihat walaupun pada awalnya maklumat ajaran Islam adalah betul tetapi akhir-akhirnya ketara menyeleweng. Bagi sesiapa yang kuat latarbelakang Islam, mungkin mereka boleh menyaring di sini, tetapi bagaimana bagi mereka yang ingin belajar Islam, tidakkah mereka akan menerima sahaja maklumat yang mereka perolehi itu, ini jelas akan merosakkan akidah mereka. Setakat ini kita masih ditegaskan bahawa ilmu agama tidak boleh dipelajari hanya dengan melayari internet, ia mesti dipelajari dalam bentuk berguru yang tradisi. ( AL ISLAM Januari 2001, halaman 51 ) .
Rata-rata mahasiswa kita pada hari ini lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat dengan mengakses internet. Sewajarnya mereka memikirkan bahawa kemudahan internet ini adalah bersifat hanya menambah kepada pendidikan asas Islam, sejauh mana individu Islam mengakses kemudahan teknologi maklumat ia hanya menambah kepada ilmu yang sedia ada. Ini dapat dibuktikan apabila kita pergi ke mana-mana IPTA/IPTS, kolej, sekolah-sekolah, kita dapat melihat majoriti mereka ini mempunyai alat teknologi yang telah banyak diperkenalkan di pasaran dewasa ini seperti komputer, komputer riba, telefon bimbit, alat permainan video dan sebagainya.
Selain itu dengan kemudahan yang ada, mereka juga mudah untuk mendapatkan di mana-mana agensi atau tempat yang menyediakan kemudahan internet seperti di kafe siber yang telah dijadikan sebagai rumah kedua oleh remaja kita pada hari ini. Sebagai contoh mahasiswa kita hari ini akan melayari internet untuk mencari maklumat dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kerana dengan slogan maklumat di hujung jari kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat dengan mudah akan tetapi sejauh mana mereka melayari internet itu dengan betul?
Setelah menemu ramah beberapa orang mahasiswa secara tidak langsung, saya dapat menyimpulkan memang mahasiswa kita mencari maklumat untuk menambah pengetahuan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan melalui internet, akan tetapi seperti peribahasa yang selalu dicanang “ sambil menyelam minum air” mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan melihat perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan motif utama mereka iaitu untuk mencari maklumat. Ini kerana jelas menunjukkan sekiranya tiga jam masa diperuntukkan untuk mencari maklumat, hanya satu jam atau kurang dari satu jam mereka melayari internet untuk mencari maklumat, selebihnya mereka bazirkan masa mereka secara sedar mahupun tidak dengan membuka laman web yang boleh melekakan dan menghabiskan masa mereka seperti youtube, friendster,yahoo messenger,face book,mentor,akademi fantasia dan pelbagai lagi.
Naluri ingin tahu yang sudah sebati dengan jiwa mereka menyebabkan mereka mudah mengikut telunjuk nafsu. Apalagi ketiadaan ibu bapa memerhatikan atau memantau anak-anak muda ini semestinya mengeruhkan lagi keadaan. Bagaimanakah remaja yang berusia setahun jagung dapat mentamyizkan antara kaca dan berlian, hitam dan putih, dan betul atau salah. Keadaan ini membolehkan budaya kuning menular masuk ke tanah air. Hakikatnya, remaja yang dikatakan sebagai pewaris tonggak kepimpinan negara sebelum ini hanya tinggal ilusi sahaja. Kewujudan kafe siber yang menyediakan perkhidmatan pengajian secara maya hanya dapat dilihat sebagai perosak minda pelajar sekolah daripada menyumbang kepada perkara positif apabila ia banyak mencetuskan pelbagai aktiviti tidak sihat di kalangan generasi muda pada masa kini. Bak kata pujangga “ ada udang disebalik batu”. Kafe siber seolah-olah telah menjadi tempat ataupun “ sarang ’’ pelajar yang ponteng sekolah untuk melepak ataupun berfoya-foya. Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia ( Tamrin ), Dr Tengku Ismadi Tengku Muhammad berkata, tindakan pelajar yang gemar menghabiskan masa bermain permainan komputer di kafe siber adalah trend membimbangkan apabila ia mampu mencetus pelbagai masalah sosial lain. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak terjebak dengan kegiatan itu kerana ia menyebabkan ketagihan seterusnya merosakkan diri pelajar sendiri. ( myMetro, Rabu 6 ogos 2008 )
Ketagihan terhadap permainan komputer disebabkan mereka bermain secara berterusan dengan mengabaikan perkara lain. Ketagihan terhadap permainan komputer juga berlaku ekoran pertambahan jenis permainan komputer. Remaja ketagih akan permainan komputer sehingga tidak balik ke rumah. Penghabisan masa yang terlalu lama di komputer menyebabkan pelbagai implikasi negatif. Para pelajar akan kehilangan fokus dan minat belajar dan akhirnya ponteng sekolah. Bagi mereka kafe siberlah segala-galanya dan telah sebati dengan jiwa mereka. Tambahan pula mereka lebih cenderung berada di kafe siber daripada duduk di rumah dan nasihat-nasihat ibu bapa ibarat “ mencurah air ke daun keladi ”.
Pada masa kini permainan komputer merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh golongan pelajar tidak kira di bandar mahupun desa. Berlandaskan kemajuan dalam sains dan teknologi, ia menggalakkan para pengusaha menyediakan pelbagai program yang menarik serta mencabar. Tidak hairanlah golongan pelajar yang terlibat dengan permainan ini akan menghabiskan masa berjam-jam di pusat-pusat permainan komputer tersebut. Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat itu menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Selain itu pelajar yang terlibat dalam permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Jika beberapa jam diperuntukkan untuk bermain, sudah pasti wang yang diperlukan juga bertambah. Mereka akan menggunakan wang saku yang telah diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Justeru permainan ini merugikan wang mereka. Sepatutnya pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku rujukan dan sebagainya. Pengarah Perancangan dan Strategi, Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam ( pisang ) Hanafi Abdul Malek berkata “ masalah kafe siber hari ini sangat kronik,daripada yang tidak tahu seks jadi tahu, selain gejala ponteng sekolah, bersikap ganas, mencuri serta ada yang mendapat penyakit sawan akibat terlalu taksub dengan permainan komputer ”.
Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di kafe siber. Ada pelajar yang sanggup membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka masuk ke kafe siber. Justeru, pengusaha tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya. Permainan komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar kearah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi ini juga akan merosakkan pemikiran serta meracuni fikiran para pelajar. Gejala ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran mereka serta meracuni pemikiran para pelajar untuk melakukan aktiviti tersebut di luar bilik darjah. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar sedang belajar di biliknya. Semasa membuat kerja sekolah remaja itu boleh terganggu dengan komputer yang berada di depan matanya. Fikiran mereka akan sering memikirkan benda-benda yang lebih menyeronokkan daripada kerja sekolahnya seperti permainan komputer. Disebabkan itu, jika iman remaja tidak kuat dia akan berhenti membuat kerja sekolah dan bermain komputernya. Apabila seorang pelajar terlampau asyik bermain permainan komputer, ia akan mendatangkan kemudharatan sehingga meninggalkan solat. Selain itu menurut kajian sains, jika terlalu lama menghadap komputer, ia akan memudharatkan kerana ianya dapat menyebabkan masalah rabun, lumpuh, sakit tulang belakang, dan pelbagai lagi penyakit. Sebagai manusia kita perlulah memikirkan kesan daripada sesuatu perkara yang ingin kita lakukan kerana jika tersalah langkah badan kita binasa.
Ada pendapat yang mengatakan pengajian secara maya ini ialah satu metod yang sesuai digunakan oleh pendakwah pada masa kini dalam menyampaikan dakwah. Akan tetapi kita boleh lihat berapa ramai pendakwah-pendakwah yang berada di luar sana yang menggunakan metod ini, kerana rata-rata mereka masih selesa dengan keadaan mereka yang menyampaikan dakwah secara tradisi. Berdakwah secara tradisi ini ialah cara yang ditunjuk Allah dan sirah. Kita tidak boleh kesampingkan cara tradisional atau konvensional. Khutbah Jumaat, hubungan interpersonal yang berlaku dalam keluarga, kuliah subuh dan ceramah agama ini adalah antara cara tradisi atau konvensional. Setakat hari ini jika dibandingkan medium elektronik yang lain, kita dapati internet dibangunkan agak cepat, cuma keupayaan kita memindahkan maudhuk (kandungan) dalam bentuk kegunaan medium internet agak perlahan. Tidak dinafikan pengajian secara maya satu metod yang sesuai digunakan, tetapi sejauh mana sasaran kita akan terkesan dengan apa yang ingin disampaikan oleh da’ie. Ini kerana sebagai seorang pendakwah kita perlulah memahami latar belakang mad’u kita, kalau kita lihat sebenarnya peluang berdakwah melalui medium internet ini lebih menyukarkan untuk mad’u memahami mesej yang ingin disampaikan dan sukar juga bagi pendakwah untuk menyampaikan dakwah.
Dari segi psikologi, manusia suka perkara baru, tetapi jika website tidak dikemas kini mereka tidak akan melayarinya lagi. Sebagai contoh yang ketara dihadapi www.syukur.com ialah bagaimana mereka harus mengemas kini maklumat secara konsisten. Masalah ini juga dihadapi oleh organisasi kerajaan lain juga. Kebanyakan mereka meletakkan sasaran yang sama, sama ada peringkat muda atau dewasa. Mana-mana website pun menghadapi masalah bagaimana mahu menjadikan mesej mereka menarik. Ini jelas medium internet ini menyukarkan. Untuk kana-kanak misalnya, barangkali tidak sesuai dalam bentuk teks tetapi lebih menarik dalam bentuk animasi. Ia berdaya tarikan tinggi. Bagaimanapun kadar masyarakat Muslim kita masih rendah dalam mengakses internet jika di bandingkan dengan bukan Islam. Jadi bagaimana sasaran akan terkesan dengan apa yang ingin disampaikan. Dengan hanya membaca mereka mungkin faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh dai’e, akan tetapi sejauh manakah mereka mendalami dan menghayati apa yang ingin disampaikan kepada mereka. Kerana kalau menggunakan cara tradisi pendakwah dapat memahami apakah yang mad’u perlukan berbanding menggunakan medium internet.
Agak sukar untuk kita mengenalpasti kewibawaan website kerana negara kita masih belum berada di tahap yang mana menyediakan sesuatu untuk kepentingan umat Islam bagi menentukan prioriti, iaitu sumber datangnya maklumat tersebut. Di United Kingdom misalnya, ada perkembangan baru dari segi proses menyaring maklumat. Mereka menyediakan yellow pages untuk kepentingan umat Islam bagi menentukan prioriti. Contohya Islamic Foundation United Kingdom mengeluarkan booklet yang menyenaraikan alamat website yang berguna dan berautoriti dari segi maklumat yang disampaikan. Bagi pengguna yang kuat latar belakang agama mungkin dapat menilai meklumat yang disajikan di internet, tetapi bagaimana pula pengguna yang tidak kuat latar belakang agamanya, mereka pasti akan menerima sahaja apa sahaja maklumat yang mereka dapati. Ini dapat memberi kesan yang negatif dari segi memperoleh maklumat. ( AL ISLAM Januari 2001, halaman 52 ) .
Kebanyakan pengguna kita pada hari ini lebih suka kepada perkara yang mudah, contohnya ingin mendapatkan maklumat mengenai puasa, dengan hanya menaip perkataan puasa kita boleh lihat pelbagai website yang menerangkan mengenai puasa, mereka akan terus menjadikan ianya panduan tanpa melihat kesahihan maklumat tersebut. Ini adalah satu kelemahan pengguna kita pada hari ini. Ingin disarankan kepada pengguna, perlu telus dalam pendidikan Islam, bermakna tidak boleh ada sesuatu yang meragukan. Jika didapati meragukan, maka para pengguna perlulah bijak untuk melihat isu-isu yang dimuatkan. Kita masih perlu berhati-hati mengenai sumber sekalipun diletakkan nama tokoh-tokoh agama sebagai pakar rujuk, kerana sejauh mana dia membuat rujukan sebenar kepada pihak yang berautoriti itu ia masih kabur.
Sewajarnya, apabila sesuatu website dibangunkan, maka sumbernya perlu dikenalpasti. Mereka yang menyediakan website perlu menjelaskan identiti mereka di sana, tetapi dewasa ini kita melihat hanya beberapa peratus sahaja pengendali website yang menjelaskan identiti mereka. Dalam jangka masa yang panjang sewajarnya kita tidak melihat website ini sebagai fasilitator kita. Dalam konteks sekolah bestari, juga dari segi Islam, kita juga tidak melihat ia sebagai fasilitator. Fasilitator adalah pemudah cara. Jika guru di sekolah bestari dianggap sebagai fasilitator dalam pendidikan formal kepada anak-anak, maka ada masalah dalam pendidikan. Yang mana perlu kita ketahui, guru bersifat murabbi, iaitu pendidik yang mendidik, bukan sahaja dari segi member informasi tetapi mendidik untuk membentuk peri laku dengan informasi tadi. Jadi kepada pelajar dan mahasiswa ingin ditekankan internet sebagai alat bukan guru !. ( AL ISLAM Januari 2001, halaman 52 ) .
Contoh lain pengajian maya yang kita dapat lihat kekurangannya pada hari ialah kanak-kanak yang belajar Al-Quran melalui CD, malah selalunya tanpa bimbingan guru di sisi, sekadar mengikut sahaja bacaan CD tersebut. Kita sepatutnya melihat ia sebagai alat tambahan kerana itu perlu duduk secara formal dengan guru. Dari segi teori pendidikan, belajar menggunakan penggunaan multimedia lebih cepat daripada biasa, kerana ia menggunakan banyak pancaindera, mesej lebih cepat diserap. Tetapi pada masa yang sama, pendidikan Islam masih menetapkan bahawa asasnya ialah dengan pendidikan formal, secara berguru dengan manusia bukannya bergurukan komputer. Pendidikan formal masih berjalan seperti biasa, tetapi kita menyokong penggunaan alat moden kerana ia mempercepatkan pendidikan, kecuali sampai kepada suatu tahap apabila mereka merasakan tidak perlu berguru, hanya berdasarkan teknologi maklumat, inilah sikap yang perlu dihakiskan dengan segera. Yang paling penting kesedaran perlu ditekankan kepada yang belajar bahawa dia masih memerlukan guru mursyid yang menunjuk jalan. ( AL ISLAM Januari 2001, halaman 53 ) .
Kita juga boleh melihat rata-rata pada hari ini, wujud suatu kumpulan yang berbincang mengenai sesuatu topik perbincangan di laman - laman web tertentu, yang mana kita bimbangkan mereka berbincang tanpa panduan dari pakar rujuk. Di sini kita dapat lihat terdapat kesan negatif yang sedang berkembang dalam medium baru ini, terutama ruang chit chat yang tidak berautoriti, panduan dan sebagainya, yang kadangkala kita sendiri tidak kenal kerana mereka menggunakan nama samaran.
Bagi remaja yang merupakan golongan yang banyak mengakses kepada internet, mereka perlu diberi pendidikan supaya mempunyai panduan dalam hal berkaitan agama Islam. Autoriti cukup penting terutama yang melibatkan soal yang tidak berubah seperti akidah. Bagaimanapun ada pihak yang nerpendapat jika terdapat di peringkat yang berlaku sintesis dalam ilmu untuk membuat keputusan dalam konteks kehidupan seorang Muslim ia masih memerlukan pengesahan guru yang barautoriti dalam pendidikan Islam. ( AL ISLAM Januari 2001, halaman 53-54 ) .
Dapat disimpulkan di sini, pengajian Islam secara maya bukan sahaja memberikan kesan positif kepada masyarakat kita pada hari, malah mempunyai kesan negatif juga disebalik kebaikannya itu. Contonya penggunaan medium teknologi pada hari ini iaitu internet selalunya bercita-cita tinggi untuk menggunakan media sebagai saluran berdakwah, namun dari segi penyalurannya tidak begitu berjaya. Tidak boleh dengan sekadar membina website, kita berharap ia akan dilayari tanpa garis panduan dalam konteksnya sebagai media.
Antara yang utama ialah memperbaharui mesej. Malah dalam al-Quran juga disebutkan mengenai an-Naba’ al Khabar, yang menampakkan konsepnya sudah dalam Islam. Sayangnya kita tidak jelmakan konsep itu dalam bentuk media elektronik. Sebab itu mesejnya kering kerana tiada unsure yang menarik orang ntuk melawat website tersebut. Jika ingin diwujudkan website Islam, ia harus diwujudkan secara teratur, yang menggabungkan kedua-dua belah pihak secara sepenuh masa. ( AL ISLAM Januari 2001, halaman 54 ) .

Boring glerr...

Hari ni boring glerr sampai dah tak taw nak watpe, mana taknye satu hari xde kkelas, kalau ikutkan sebenanya ada kelas n ktorg pun dah siap pagi tadi, tapi otw nak gi kelas ustazah tipun jue cakap takde kelas ustazah ada meetg, dapat tw je semua buat muka...huhuhu... biasanya kalau cakap xde kelas je semua hepy tp hari nie terbalik plak, mana taknye sebab semua dah boring glerr, semalam dah lah satu jam je kelas, hari nie dah bersiap takdee kelas plak...huhuhu... membazir baju rasanya...lepas ustazah cakap xde kelas je semua berfikir nak watpe la pagi td, nak gi maktabah tak bukak lg., nak gi lab pun tak bukak lagi, nak gi cafe semua pose, akhirnya ambik keputusan dok lepak kat meja bulat yang dekat dengan asrama... macam2 yang ktorg borakkan sampai siap ada yang ajak gi bandar la, buat perancangan gi kelantan lawat mentor la n macam2 tapi semuanya tak jadi.. lastnye....ju n k.tho bi blog a coz nak betulkan laptop, aku, mai, zida n awer balik bilik... tapi sebelum masing2 bawak haluan sempat lagi ktorg berposing..hehehe....
sampai bilik lagi la boring glerr tak taw nak watpe...apa lagi kemas bilik la untuk menghilangkan boring, tengah mengemas zida datang bilik, ktorg borak2 sampailah nyanyi sama2 nak ilangkan boring, tengah nyanyi jue plak datang join sekali..sampailah kul 12 lebih masing2 ngantok...jue balik bilik, zida tdo kat katil aku, n aku bertahan sebab nak tunggu zuhur, jadi wat la ape yang patot, siap kan surat perlantikan penasihat alumni...lepas solat je ingat nak baca titas, tapi titas yang baca aku...huhuhu... ni akibat kalau dah boring glerr.........esok da cuti xtaw la apa pengisian plak erk...pepun kene tunggu esok baru taw...